Assalamualaikum..
Entri hari ini adalah mengenai cara-cara mengerjakan solat sunat dhuha..jom kita belajar dan amalkan..moga Allah s.w.t memberkati kita semua..(^^,)
Pelangi itu indah..biarlah hidup kita juga seindah pelangi..kerana kita semua hanyalah hamba..seperti pelangi yang kian sirna lama-lama meghilang..kita juga akan pulang menghadap ilahi..barlah disebut-sebut seperti pelangi sungguhpun muncul sekejap cuma..takkan dilupa keberadaan kita di dunia ini dek kerana indahnya hidup yang ditinggalkan..
Thursday, 22 November 2012
Kronologi Sejarah Bumi Palestin
Palestin
Bumi dan tanah rahmat, bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi,
tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang
istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa,
iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan
Masjid Nabawi.
Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan 'Tanah
Yang Dijanjikan Tuhan' kepada mereka.
Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di
situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya
Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan
antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada
pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap
tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di
tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa.
Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah
itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).
Sejarah Awal
Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi
Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir,
sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka.
Kita tahu melalui al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya
mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi
Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.
Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami
tanah Palestin tersebut.
Kita boleh baca sendiri dalam al-Quran, betapa kaum ini
semakin lama semakin besar kepala, meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa dan
sebagainya.
Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku
setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran
melalui surah al-Baqarah.
Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada
kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud.
Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan
kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin).
Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang
60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.
Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani
Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijajah
oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani
Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.
Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom.
Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan
agama Kristian.
Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah
pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat
pemerintahan, mengalami Kristianisasi.
Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.
Kedatangan Islam
Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah
kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan
empayar Islam, baginda wafat pada 632 Masihi.
Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan
dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi
milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.
Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani
Kristianisasi mengalami pelbagai perubahan daripada sudut struktur
pemerintahan.
Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan
sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan gereja.
Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan
pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II
memberikan 'fatwa' mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan
kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan
pengampunan tertinggi.Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades).
Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan
Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.
Menawan Semula
Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada
konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat.
Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin
agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.
Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika
itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera
Islam menyerang kembali Palestin.
Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin
berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci
tersebut berjaya dimusnahkan.
Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan
Islam dengan aman damai.
Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel
dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang
bermastautin di luar.
Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era
pemerintahan Turki Uthmaniyyah.
Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad
ke-19 lagi.
Proses modenisasi pantas berlaku, dan kebergantungan terhadap
kuasa barat semakin kuat. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi
kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah.
Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam
semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.
Perang Dunia Pertama
Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama.
Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar; iaitu Pakatan Bertiga
Britain-Perancis-Rusia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan
Austria/Hungary.
Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika
Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah
pula menyertai Pakatan Pusat.
Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah
diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam
Timur diserang dan ditawan oleh Britain.
Kerajaan Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan
Sudan manakala negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis.
Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Rusia,
menyaksikan Rusia menawan kawasan utara kerajaan Islam.
Perlu diberi perhatian bahawa pada ketika ini, masih belum
wujud negara bangsa dan kerajaan Islam disatukan di bawah satu pemerintahan
khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.
Perpecahan Negara Arab
Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah
mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali
sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara
Arab.
Pejuang kebangsaan/nasionalisme Arab pula menyerang kerajaan
Turki Uthmaniyyah.
Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal I, berpaling tadah
dan memihak kepada Britain.
Sejak itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. Pada
tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain
menduduki semula kawasan Palestin.
Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin
pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan, "Hari ini, Perang Salib sudah
berakhir".
Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu
perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika
itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.
Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 penduduk
sebelum itu kepada mencecah setengah juta penduduk, manakala penduduk Islam
Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.
Wakil daripada Yahudi ketika Deklarasi tersebut merupakan
seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann.
Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis
pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan
sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada
kejayaan Britain dalam perang tersebut.
Weizzman mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur
Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut.
Dek terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan
Britain bersetuju.
Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada
Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann
bertanya kepada Balfour:
"Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan
London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?"Tetapi, kami
sememangnya sudah memiliki London!"
"Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah
kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!"
Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah
Palestin.
Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani
perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya
beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour. Pada tahun 1919, berakhirnya
Perang Dunia Pertama.
Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat
setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin.
British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di
tanah-tanah jajahannya. Bertitik tolak daripada situ wujudlah negara bangsa,
apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.
Kejatuhan Turki
Uthmaniyyah
Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat
pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul.
Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah
Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan
seperti sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta
khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular.
Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara
Turki.
Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord
Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu, "Kenapa hanya Turki
dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah
pemerintahan kolonial?"
Lord Curzon menjawab, "Hakikatnya Turki telah
dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan
kekuatannya - Khalifah dan Islam".
Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan
ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu, lalu merombak semula parlimen sedia
ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.
Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan
persidangan tersebut.
Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi
politik lalu merampas tampuk pemerintahan. 3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara
rasminya ditamatkan.
Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, Khalifah
Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk
mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.
Holocaust
Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah
Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua
oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali
sebagai Action T4.
Pelan ini merencanakan pembunuhan Euthanasia beramai-ramai
keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi. Setelah tamat Perang Dunia Kedua,
dianggarkan hampir seramai 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.
Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari
Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.
Penglibatan Amerika
Syarikat
Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang
Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada
asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki.
Setelah Holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah
penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan
ketakutan.
Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan
tuntutan kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Harry Truman.
Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lalu pemisahan Palestin dideklarasikan.
Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di
Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya
penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga
kini. Presiden Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann.
Palestin Sekarang
Sedari peristiwa Holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika
atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang
pulang ke tanah air di Israel.
Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan
pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat Holocaust
tersebut.
Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang
tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika.
Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua,
memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di
atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.
Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam
usaha meluaskan sempadannya.
Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika.
Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika.
Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya dua; sama ada
Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka
mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam
yang menyokong perjuangan Palestin.
Di manakah kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat
apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.
Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong
perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua. Sama-sama kita
fikirkan. (^^,)
Subscribe to:
Posts (Atom)