Bila bercakap pasal hati, macam2 yang kita rasa. hati adalah
raja bagi seluruh anggota badan. rosak hati, pincanglah anggota lain. sering
kali kita abaikan apa yang terdetik oleh hati. terutamanya tentang kesedaran.
kita tidak muhasabah diri dgn sepenuh hati.
Hati yang jauh drpd mengingati Allah, semakin hari semakin
gelap, hitam. Mulanya hati dikotori dgn setitik noda hitam, mgkin krn sesuatu
perkara. Memarahi rakan, merasa iri hati, melihat perkara mungkar, lama
kelamaan hati semakin dikotori dgn noda yg lbh besar. Syaitan membisikkan
kealpaan hingga berani melakukan perkara mungkar yg lbh berat, berfoya2 dgn
pasangan, makan riba n rasuah, menggunakan org lain utk kepentingan sendiri.
Semakin hari, semakin jauh dri tuhan. Lupa, apla, hidup dlm
dunia sndri. Tak hiraukan dosa pahala, tdk takut azab neraka, tak endahkn
balasan syurga. Dunia menjadi syurga hakiki. Keseronokan n kemewahan jd gaya
hidup. Hati semakin kotor, hitam, busuk, tnpa disedari. Allah telah berfirman
dalam kalamNya:
"Sesungguhnya mereka tidak buta mata tapi yang buta itu
adalah mata hati yang ada dalam dada."
Surah Al-Hajj (22:46)
"Kemudian hatimu itu menjadi keras sesudah itu, lalu ia
menjadi seperti batu malah lebih keras dari itu." Surah Al-Baqarah (2:74)
"Keras hati dan selain itu ia sangat terkenal dengan
sifat kejahatannya." Surah Al-Qalam (68:13)
"..Telah berkarat hati mereka, Kerana dosa-dosa yang
telah mereka lakukan." Surah Al-Muthaffifiin (83:14)
"Apabila langit telah pecah, dan apabila
bintang-bintang telah berjatuhan,dan apabila lautan telah bergelora dan apabila
kubur-kubur telah terbalik semuanya.....Ketika itu tahulah manusia apa amalan
yang dilakukannya dan apa yang ditinggalkannya.. Wahai manusia apakah yang
memperdayakanmu terhadap Tuhanmu yang Maha Pemurah?.....Yang telah
menciptakanmu dan menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan angota-anggotamu
dengan baik, Menurut apa yang dikehendakiNYA dan DIA yang telah menyusun
tubuhmu.."
Surah Al-Infithaar(82:1-8)
Wahai insan, bersihkanlah hatimu dgn kalamullah.
Kembalilah ke jalan tuhanMu.
Tarbiahkanlah hatimu.
Sesungguhnya tiada satu pun hal yang boleh menyucikan dan
menenangkan hatimu selain kalamullah, taubat nasuha n muhasabah diri. Jagalah
hatimu, berikan sinar cahaya iman padanya. Nescaya hidupmu pasti bahagia dunia
akhirat.
~~~pesanan utk diri sendiri, sahabat2 yg dicintai, dan
saudara Islam yg lainnya. Moga kita sentiasa berada dlm redhaNya~~~ <3 <3
No comments:
Post a Comment