Pages

Thursday 10 January 2013

Osiris and Isis

Assalamualaikum..

hehe..entry kali ni agak berbeza sikit..saje nk citer pasal mitos kerajaan mesir purba..
sape suka tengok citer anime jepun?? pernah tengok citer Yu-Gi Oh! x?? kalau pernah mesti pernah dengar nama Osiris dan Isis kan??hee..

dua nama ni memamg terkenal dalam epik dan sejarah tamadun Mesir Purba.. jom kita kenali siapa Osiris dan Isis ni..

OSIRIS AND ISIS

"The most important myth the Egyptians had the greatest affinity with was that of Osiris and his wife and sister Isis. Osiris, the good king, had a jealous brother Set who contrived to have him killed and his body floated out to sea  to end up on the shore at the city of Byblos in the Lebanon. the grieving widow, Isis, located the body and brought it back to Egypt, hiding with it in the marshes. hovering over it in the form of a hawk she became pregnant with their son, Horus".

"However, the evil Set discovered the body in the marshes and tore it into 14 pieces that were scattered throughout Egypt. once more set off to retrieve her husband's body. one version of the myth said that Isis buried each portion where she found it and there founded a temple. Another that she brought all the pieces together, save for his phallus, that could not be retrieved because the oxyrhyncus fish had swallowed it. thereafter, the fish was abhorred, except in the city of Oxyrhyncus in the Fayum, where it was held sacred. the body (or only the head according to another version) was buried at Abydos, which became the most sacred site of ancient Egypt, and where one of the most beautifully decorated temples was built".

Ok..jom translate citer dorang ni.. Osiris ni salah seorang daripada 'the good king' dalam mitos tamadun Mesir Purba ni.. dia ni kahwin dengan adiknya sendiri.. (memang budaya orang mesir purba boleh kahwin dengan adik beradik sendiri).. jadi Isis ni adalah adik dan juga isterinya.. malangya dia dicemburui oleh saudara lelakinya iaitu Set. Set telah membunuh Osiris dan membuangnya ke laut. akhirnya tubuh Osiris terdampar di pantai bandar Byblos di Lubnan. Isis  yang bersedih telah pergi mencari tubuh suaminya dan membawa pulang ke Mesir dan menyembunyikannya di paya. Osiris yang berlegar dalam bentuk helang akhirnya telah mengandungkan Isis dengan anak mereka, Horus.

Walau bagaimanapun, Set telah menjumpai tubuh Osiris dan telah mengoyakkannya kepada 14 bahagian dan diselerakkan di seluruh Mesir. Mengikut salah satu versi mitos ini, Isis sekali lagi menyutip semula tubuh cebisan tubuh suaminya dan ditanam disuatu tempat yang kemudiannya dibina kuil di kawasan itu. versi lain pula menyatakan yang Isis membawa semua bahagian cebisan tubuh suaminya untuk diselamatkan, namun kemaluannya tidak dapat dicari kerana mungkin telah di makan oleh ikan oxyrhyncus. oleh sebab itu ikan tersebut dibenci kecuali di bandar Oxyrhyncus ia dianggap suci. badan Osiris (atau mungkin hanya kepalanya sahaja mengikut versi lain) telah ditanam di Abydos, yang telah menjadi antara tempat paling suci dan mulia dalam tamadun Mesir Purba, yang mana disana juga turut dibina sebuah kuil yang dihias cantik.

begitulah antara cerita berkaitan Osiris dan Isis bersama anak mereka Horus yang kemudiannya menjadi salah satu "The Great god of Egypt", the god of Horus.