Pages

Tuesday 22 October 2013

HIBURAN MENURUT ISLAM

HIBURAN itu menenangkan, bukan melalaikan..

Saidina Ali r.a. brkata:

“Sesungguhnya hati akan berasa jemu dan bosan seperti mana badan berasa letih dan lesu. Oleh itu rehatkanlah mereka dengan hikmah dan kebijaksaan. Berikanlah ruang untuknya bagi mengembalikan keceriaan”.

Ya, memang lumrah manusia, sekuat mana pun hati, fikiran dan fizikal kita, tetp akan berasa resah dan tertekan dengan masalah harian yang kita hadapi. Seperti mana badan akan menjadi lemah setelah penat bekerja, hati juga akan hilang semangat dan keceriaan. Oleh itu, jiwa yang letih perlukan hiburan. Berhibur itu fitrah bagi manusia. Namun, sering kali hiburan yang dicari itu bukan hiburan sejati, tetapi hiburan yang melalaikan. Bukan memberi ketenangan, malah semakin kacau. Haru biru jadinya.
Justeru, kita sebagai manusia perlu bijak mengenal antara hiburan sejati dan hiburan ilusi. Pada dasarnya Islam menggariskan hiburan dgn kuantiti, kualiti, dan bentuk hiburan tersebut agar mencapai tujuan asasinya utk menenangkan jiwa manusia. Hiburan itu perlulah sejajar dengan akidah, syariat dan akhlak islamiah.
Lihat!!..siapa kata dalam Islam tiada hiburan dan orang Islam tidak boleh berhibur?? namun perlu diingat jenis hiburan yang digunakan mestilah mengikut piawaian berhibur seperti yang telah ditetapkan dalam Islam. Secara asasnya Islam meletakkan hiburan kepada dua jenis iaitu hiburan asasi dan hiburan sampingan. Hiburan asasi itu didapati daripada hati yang tenang. Jadi keperluan asas bagi hati yang tenang adalah IMAN. Sebab hati manusia ini sifatnya berbolak-balik maka dengan itu manusia perlukan iman.
Firman Allah s.w.t.:
“Dan dirikanlah solat demi mengingati-Ku”. (Surah Taha 20:14)
“ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”. (Surah al-Ra’d 13:28)

Solat itu menghiburkan, seperti sabda Rasulullah kepada Bilal r.a. “Rehatkanlah kami dengan solat, wahai Bilal”.  (Riwayat Ahmad). Solat jika difahami dengan baik, dihayati dan dirasai, ia akan dapat memberikan kerehatan kepada emosi, jiwa, dan fizikal manusia. Seperti mana orang beriman yang merayu dan merintih sehingga menitis air mata syahdu kepada Allah s.w.t. Antara hiburan asasi lain adalah seperti membaca al-Quran, zikrullah dan berselawat ke atas nabi.

Hiburan sampingan dalam Islam pula adalah hiburan yang dapat mendekatkan manusia kepada Allah seperti nasyid, zikir burdah, atau berzanji. Fungsi hiburan sampingan adalah mengajak manusia melakukan hiburan sejati. Contohnya seperti alunan nasyid yang mengajak manusia menunaikan solat. Lagu-lagu atau bait-bait kata yang mengajak manusia berjihad di jalan Allah s.w.t..Hiburan sampingan itu tidak begitu diperlukan sekiranya manusia itu sudah berasa terhibur dengan amalannya setiap hari yang mengikut syariat Islam. Ini menunjukkan umat Islam tidak memerlukan hiburan yang berlebihan.

Disamping itu, hiburan yang melalaikan pula bertindak seperti ‘pain killer’ yang bertahan sementara untuk memberi ketenangan kepada jiwa manusia. Ruginya apabila manusia lebih mencari-cari hiburan jenis ini hingga terlupa hiburan asal yang lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

~~~pokok pangkalnya, manusia itu sendiri perlu berfikir dengan baik agar tidak tersalah membuat pilihan dalam memilih hiburan sebagai medium penenang jiwa~~~

Psst: bagiku alunan muzik yang lembut juga boleh digunakan sebagai salah satu medium untuk mententeramkan jiwa selain solat dan membaca al-Quran..tepuk dada Tanya iman.


Rujukan:  Pahrol Mohd Juoi (2013). Majalah SOLUSI isu 57. Telaga Biru: Kuala Lumpur. (m/s 16-19)

Tarbiah Hati

Bila bercakap pasal hati, macam2 yang kita rasa. hati adalah raja bagi seluruh anggota badan. rosak hati, pincanglah anggota lain. sering kali kita abaikan apa yang terdetik oleh hati. terutamanya tentang kesedaran. kita tidak muhasabah diri dgn sepenuh hati.

Hati yang jauh drpd mengingati Allah, semakin hari semakin gelap, hitam. Mulanya hati dikotori dgn setitik noda hitam, mgkin krn sesuatu perkara. Memarahi rakan, merasa iri hati, melihat perkara mungkar, lama kelamaan hati semakin dikotori dgn noda yg lbh besar. Syaitan membisikkan kealpaan hingga berani melakukan perkara mungkar yg lbh berat, berfoya2 dgn pasangan, makan riba n rasuah, menggunakan org lain utk kepentingan sendiri.

Semakin hari, semakin jauh dri tuhan. Lupa, apla, hidup dlm dunia sndri. Tak hiraukan dosa pahala, tdk takut azab neraka, tak endahkn balasan syurga. Dunia menjadi syurga hakiki. Keseronokan n kemewahan jd gaya hidup. Hati semakin kotor, hitam, busuk, tnpa disedari. Allah telah berfirman dalam kalamNya:

"Sesungguhnya mereka tidak buta mata tapi yang buta itu adalah mata hati yang ada dalam dada."
Surah Al-Hajj (22:46)

"Kemudian hatimu itu menjadi keras sesudah itu, lalu ia menjadi seperti batu malah lebih keras dari itu."  Surah Al-Baqarah (2:74)

"Keras hati dan selain itu ia sangat terkenal dengan sifat kejahatannya." Surah Al-Qalam (68:13)

"..Telah berkarat hati mereka, Kerana dosa-dosa yang telah mereka lakukan." Surah Al-Muthaffifiin (83:14)

"Apabila langit telah pecah, dan apabila bintang-bintang telah berjatuhan,dan apabila lautan telah bergelora dan apabila kubur-kubur telah terbalik semuanya.....Ketika itu tahulah manusia apa amalan yang dilakukannya dan apa yang ditinggalkannya.. Wahai manusia apakah yang memperdayakanmu terhadap Tuhanmu yang Maha Pemurah?.....Yang telah menciptakanmu dan menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan angota-anggotamu dengan baik, Menurut apa yang dikehendakiNYA dan DIA yang telah menyusun tubuhmu.."
Surah Al-Infithaar(82:1-8)

Wahai insan, bersihkanlah hatimu dgn kalamullah.
Kembalilah ke jalan tuhanMu.
Tarbiahkanlah hatimu.

Sesungguhnya tiada satu pun hal yang boleh menyucikan dan menenangkan hatimu selain kalamullah, taubat nasuha n muhasabah diri. Jagalah hatimu, berikan sinar cahaya iman padanya. Nescaya hidupmu pasti bahagia dunia akhirat.


~~~pesanan utk diri sendiri, sahabat2 yg dicintai, dan saudara Islam yg lainnya. Moga kita sentiasa berada dlm redhaNya~~~  <3 <3 

Ungu Sang Pelangi

Indah terbias sang pelangi petang, 
Memukau pandangan makhluk alam,
Membuai khayalan jiwa insan,
Syahdu menerpa dihati yang lara,
Dek terpana melihat jalur keindahan,
Sang pelangi hadiah daripada sang hujan,
Buat penghuni bumi yang sering leka dan alpa,
Tanda sang pencipta maha pemurah,
Lagi maha pengasih dan penyayang,

Namun lembayungnya paling sirna,
Tenggelam dalam kemerahan jalur mega,
Seakan langsung tiada kelihatan,
Hanya samar bias cahaya menyapa dimata,
Bagi siapa yang tahu menilainya,

Daku ibarat ungu sang pelangi,
Hilang dalam kemilau sang merah saga, 
Bagai tiada wujudnya dek sirna warna,
Kian lenyap bersama redanya titis hujan,
Yang tegar kelihatan hanya sang merah,
Kerna bias warnanya lebih utuh,

Sungguhpun sang ungu tiada lama,
Bertahan untuk menampakkan dirinya,
Bias warnanya tetap memukau sukma,
Dek kelembutan jalurnya,
Bisa mendamaikan hati yang duka,
Bersama merah, jingga, kuning, hijau, biru, dan indigo,
Rela dirinya terbias sama,
Demi menyerlahkan indahnya pelangi,

Begitu juga aku,
Biarpun wujudku tiada yang peduli,
Andaipun hadirku tiada yang tahu,
Asalku tahu arah tuju haluan hidupku,
Biarkan walaupun aku tidak seperti sang merah,
Yang mudah dilihat,
Yang senang dikenal,
Diriku punya matlamat yang satu,
Cuma mahu mencari redha Ar-Rahman,

Aku cuma mahu menjadi sang ungu,
Yang sentiasa terbias bersama,
Membentuk jalur-jalur keihklasan,
Wujud demi sebuah kehidupan,
Berjuang bersama yang lainnya,
Hanya untuk menggapai bahagia,
Di negeri bernama akhirat.