Pages

Tuesday 15 July 2014

Imperial War Museum London

Sejarah Awal Penubuhan
                Imperial War Museum diasaskan pada tahun 1917 bagi memastikan generasi muda masa kini memahami sebab-sebab dan yang paling penting sekali ialah akibat daripada Perang Dunia Kedua. Peperangan ini mengambil masa bertahun-tahun untuk menangani konflik yang tercetus.Pada tahun 1917, kabinet telah memutuskan bahawa ‘National War Museum’ perlu ditubuhkan bagi mengumpul dan mempamerkan bahan-bahan berkaitan Perang Dunia yang mana masih lagi berterusan. Kesempatan ini diambil oleh Dominion Goverments bagi mewujudkan sebuah muzium yang diberi nama ‘Imperial War Museum’. Muzium ini ditubuhkan secara rasminya oleh Act of Parliament pada tahun 1920 di bawah pengelolaan Board of Trustees.
                Pada Julai 1936, Duke of York yang kemudiannya ditabalkan sebagai King George VI telah membuka semula muzium tersebut di bangunan sekarang. Muzium tersebut ditutup untuk kunjungan orang awam bermula dari September 1940 hingga Noverber 1946 dan bahan atau artifak yang terdedah telah dipindahkan untuk ditempatkan di luar London. Kebanyakan daripada alatan perang itu masih terselamat, namun tidak bagi jentera perang seperti Short Seaplane. Jentera ini telah diterbangkan dalam pernag Jutland, telah berkecai ketika Jerman menjatuhkan bom ke atas Naval Gallery pada  31 Januari 1941 dan beberapa model lain juga telah musnah dalam letupan terbabit.
                Pada permulaan Perang Dunia Kedua, istilah rujukan muzium tersebut telah diperluaskan bagi meliputi kedua-dua perang dunia. Hal ini dilanjutkan hingga 1953 untuk memasukkan semua operasi ketenteraan yang mana Britain atau Negara-negara Commonwealth yang telah terlibat dalam peperangan tersebut sejak tahun 1914.Bangunan ini pada asalnya ialah bahagian tengah Bethlem Royal Hospital atau ‘Bedlam’. Bangunan ini telah direka oleh James Lewis dan telah siap dibina pada tahun 1815. Kubah Sidney Smirke telah ditambah pada tahun 1846 dan bangunan ini juga mempunyai gereja di dalamnya. Bahagian timur dan barat bangunan ini telah dirobohkan pada awal 1930-an untuk dijadikan ruangan taman yang mengelilingi perkarangan muzium sekarang ini.
                Melihat semula sejarah Bethlem Royal Hospital pada tahun 1247 apabila Simon Fizt-Mary, seorang kaya Alderman dan pegawai polis London telah mengasaskan Biara St. Mary of Bethlehem di laman yang sekarang ini adalah sebahagian daripada Liverpool Street Station. Pada kurun ke-14, biara tersebut telah menjadi tempat jagaan orang-orang gila. Kemudian pada tahun 1547, Henry VIII telah menjadikan hospital tersebut sebagai ‘City of London’.

                Bethlem telah dipindahkan ke bangunan baru di Moorefields pada tahun 1676. Sehingga tahun 1770, tidak ada sebarang sekatan keatas pelawat melihat pesakit yang sering kali dibelenggu atau dirantai pada dinding dan ianya menjadi satu tarikan kepada orang ramai. Hospital tersebut ditempatkan di bangunan sekarang sejak 1815 hingga 1930 yang mana telah kemudiannya telah dipindahkan ke Eden Park berdekatan dengan Beckenham, Kent.





No comments:

Post a Comment