Pages

Tuesday 22 October 2013

HIBURAN MENURUT ISLAM

HIBURAN itu menenangkan, bukan melalaikan..

Saidina Ali r.a. brkata:

“Sesungguhnya hati akan berasa jemu dan bosan seperti mana badan berasa letih dan lesu. Oleh itu rehatkanlah mereka dengan hikmah dan kebijaksaan. Berikanlah ruang untuknya bagi mengembalikan keceriaan”.

Ya, memang lumrah manusia, sekuat mana pun hati, fikiran dan fizikal kita, tetp akan berasa resah dan tertekan dengan masalah harian yang kita hadapi. Seperti mana badan akan menjadi lemah setelah penat bekerja, hati juga akan hilang semangat dan keceriaan. Oleh itu, jiwa yang letih perlukan hiburan. Berhibur itu fitrah bagi manusia. Namun, sering kali hiburan yang dicari itu bukan hiburan sejati, tetapi hiburan yang melalaikan. Bukan memberi ketenangan, malah semakin kacau. Haru biru jadinya.
Justeru, kita sebagai manusia perlu bijak mengenal antara hiburan sejati dan hiburan ilusi. Pada dasarnya Islam menggariskan hiburan dgn kuantiti, kualiti, dan bentuk hiburan tersebut agar mencapai tujuan asasinya utk menenangkan jiwa manusia. Hiburan itu perlulah sejajar dengan akidah, syariat dan akhlak islamiah.
Lihat!!..siapa kata dalam Islam tiada hiburan dan orang Islam tidak boleh berhibur?? namun perlu diingat jenis hiburan yang digunakan mestilah mengikut piawaian berhibur seperti yang telah ditetapkan dalam Islam. Secara asasnya Islam meletakkan hiburan kepada dua jenis iaitu hiburan asasi dan hiburan sampingan. Hiburan asasi itu didapati daripada hati yang tenang. Jadi keperluan asas bagi hati yang tenang adalah IMAN. Sebab hati manusia ini sifatnya berbolak-balik maka dengan itu manusia perlukan iman.
Firman Allah s.w.t.:
“Dan dirikanlah solat demi mengingati-Ku”. (Surah Taha 20:14)
“ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”. (Surah al-Ra’d 13:28)

Solat itu menghiburkan, seperti sabda Rasulullah kepada Bilal r.a. “Rehatkanlah kami dengan solat, wahai Bilal”.  (Riwayat Ahmad). Solat jika difahami dengan baik, dihayati dan dirasai, ia akan dapat memberikan kerehatan kepada emosi, jiwa, dan fizikal manusia. Seperti mana orang beriman yang merayu dan merintih sehingga menitis air mata syahdu kepada Allah s.w.t. Antara hiburan asasi lain adalah seperti membaca al-Quran, zikrullah dan berselawat ke atas nabi.

Hiburan sampingan dalam Islam pula adalah hiburan yang dapat mendekatkan manusia kepada Allah seperti nasyid, zikir burdah, atau berzanji. Fungsi hiburan sampingan adalah mengajak manusia melakukan hiburan sejati. Contohnya seperti alunan nasyid yang mengajak manusia menunaikan solat. Lagu-lagu atau bait-bait kata yang mengajak manusia berjihad di jalan Allah s.w.t..Hiburan sampingan itu tidak begitu diperlukan sekiranya manusia itu sudah berasa terhibur dengan amalannya setiap hari yang mengikut syariat Islam. Ini menunjukkan umat Islam tidak memerlukan hiburan yang berlebihan.

Disamping itu, hiburan yang melalaikan pula bertindak seperti ‘pain killer’ yang bertahan sementara untuk memberi ketenangan kepada jiwa manusia. Ruginya apabila manusia lebih mencari-cari hiburan jenis ini hingga terlupa hiburan asal yang lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

~~~pokok pangkalnya, manusia itu sendiri perlu berfikir dengan baik agar tidak tersalah membuat pilihan dalam memilih hiburan sebagai medium penenang jiwa~~~

Psst: bagiku alunan muzik yang lembut juga boleh digunakan sebagai salah satu medium untuk mententeramkan jiwa selain solat dan membaca al-Quran..tepuk dada Tanya iman.


Rujukan:  Pahrol Mohd Juoi (2013). Majalah SOLUSI isu 57. Telaga Biru: Kuala Lumpur. (m/s 16-19)

No comments:

Post a Comment